Friday, December 31, 2010

KOLEKSI SILVER 4





KOLEKSI SILVERBAR SETERUSNYE IALAH
2X 1oz SILVERTOWN
YG NIH BELI PADA 15 NOV 2010
BELI KAT LAMAN WEB SILVERAY.LOT
FIRST ITEM BELI KT SILVERAY..HUHU
SAPE2 YG NK BELI SILVER BAR/COIN
BOLEH USHA KT SILVERAY.LOT NIH..
BNYK ITEM LAEN LG






YG NI LAH 3 KOLEKSI SILVER COIN PERTAMA
BELI KT SILVERAY.LOT SKALI GN SILVERTOWN BAR YG ATAS TUH..
YG ATAS KIRI TUH AUS. KOOKABURRA 1oz
YG KANAN AUS. KOALA 2011 1oz
YG BWH NI PAALING CHANTEK N MAHAL SKET..
LUNAR RABIT 2011 1oz..

KOLEKSI SILVER 3


UTK KOLEKSI YG KE3, BELI 8X 1oz MORGAN
FIRST TIME BELI SILVER BAR KATEGORI 1oz
BELI PADA 13 NOV 2010 DENGAN
BRO SABRI SILVERKINI


PERSONAL n COLLECTION


KLIK JE LINK KT BAWAH NK MUDAH KN PENCARIAN :





MONEY / DINAR / DIRHAM


KLIK JE LINK KT BAWAH NK MUDAH KN PENCARIAN :



NEWS


KLIK JE LINK KT BAWAH NK MUDAH KN PENCARIAN :



KENAIKAN EMAS SILVER n DIRHAM SEPANJANG 2010




PERATUSAN KENAINKAN EMAS SEPANJANG 2010 = 29.18%

HAMPIR 3 KALI GANDA ASB TUH..



PERATUSAN KENAINKAN SILVER SEPANJANG 2010 = 83.75%

LEBIH 10 KALI GANDA ASB TUH..

PROSPEK SILVER X DI NAFIKAN LG HEBAT DR EMAS


KENAIKAN DIRHAM KELANTAN LG BEST :

MULA DILANCARKAN ( AUGUST 2010) = RM13

HARGA SEMASA ( JAN 2011 ) = RM 20

KENAIKAN = 53.8 % dalam 5 BULAN

SEJARAH DINAR EMAS DIRHAM PERAK

Kesohoran dinar sebagai satu mata wang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu mata wang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.


Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai mata wang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai mata wang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut.


Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi, kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku? Jawapannya ialah mata wang konvensional yang tersedia ada tidak lagi berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.


Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal dari negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai mata wang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara.


Penggunaan kedua-dua mata wang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad SAW dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga.


Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula digunakan dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18H atau 20H, Saidina Omar RA telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra.


Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6 peratus atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.


Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan mata wang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.


Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai mata wang utama.


Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” di samping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu.


Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.


Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub.


Penggunaan dinar dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai mata wang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.


Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 916 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat.


Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga , gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat.


Hal ini kerana dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding mata wang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak mata wang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.


SUMBER : HARAKAHDAILY

Thursday, December 30, 2010

Dinar n Dirham -Nubex-

KEMPEN MENABUNG 2011: 1 bln 1 Dinar 1 Dirham 1gram Gold Bar


AZAM BARU EL NINO (",)

TAUN 2011 DH NK MASUK BAPE JAM JE LG.. STAT BLN DPN GAK GAJI DH NAEK YELAA DH TAULIAH KN...SO AZAM TAUN NIH NK TUKA GAYE MENABUNG.. KALO DULU SAVING RM800++ SBLN UTK ASB.. LA NI NK TUKA SAVING DLM DINAR DIRHAM LAK..

PLAN2 MUDAH JE..CMNI....

a) 1 BLN - 1 DINAR

ataupun

b) 1 BLN - 1 DIRHAM + 1 gram GOLD BAR


KALO DUET BNYK BOLEH LA GUNA PLAN A (1 BLN 1 DINAR)... LA NI 1 DINAR HARGENYE DLM RM650-RM690...

KALO X MAMPU IKUT PLAN B PN JADIK LA..

1 DIRHAM DLM RM20 + I GRAM GOLD BAR RM 170-RM200... SO TOTAL DLM RM220 GAK LA..

KENAPE NK AMALKAN 1 BLN 1 DINAR/DIRHAM/GOLD BAR??
NAPE X PTG ASB BLN2 RM200 JE??

YELA KN DH CKP RITU EMAS N PERAK NIH KN KALIS INFLASI..
N EMAS PERAK GAK PENYIMPAN NILAI TERBAEK..


AMEK CONTOH KOS NK G HAJI DLM RM...

TAHUN 2000 - RM 5,000 ++
TAHUN 2010 - > RM 10,000

KALO KOS G HAJI DLM DINAR LAK..

TAHUN 2000 - 70 DINAR
TAHUN 2010 - 21 DI NAR JE..



SO NAAMPAAK KN BEZA?? KOS G HAJI DLM MATAWANG RM MAKIN NAEK.. DLM DINAR LAK MAKIN SKEK DINAR YG GUNA NK G HAJI...





NI CONTOH KOLEKSI 1 DINAR..YG NI DINAR GCP
DINAR2 LAEN BNYK G JENIS.. CM DINAR KELANTAN, PUBLIC DINAR.. DINAR MUSLIM.. DINAR IRAQ.. OPSSS DINAR IRAQ
LAEN YE...
DINAR IRAQ MATA WANG MCM RM GAK ..HEHE


NI LAK SET DIRHAM KELANTAN..
1 SET ADA 1 DIRHAM, 2 DIRHAM, 5 DIRHAM
10 DIRHAM N 20 DIRHAM.. DIRHAM LAIN YG FEMES
DIRHAM DGE, DIRHAM IMN, n DIRHAM WIN..
TAUN 2010 NIH EL NINO DH DE
2 SET DIRHAM KLANTAN n 25 X 1 DIRHAM DGE




NI LAK CONTOH RUPE 1gram GOLD BAR TUH..
DARI KIRI... 1 gram PAM SUISSE, 1 gram KUWAIT FINANCE HOUSE, 1 gram EMIRATES GOLD BAR, 1 gram ISTANBUL n 1 gram BUNGA RAYA...
CANTEK2 KN??




SO TUNGGU APA LG? MARI MENABUNG~

Saturday, December 25, 2010

Di Sini, Dinar dan Dirham : Di Sana, Dengki dan Dendam

Salam..ari ne EL NINO nak kongsi skek ucapan Tok Guru Nik Aziz berhubung dinar dan dirham..memang mendalam sungguh..terbaik..^_^

Layan.....

"Kadang-kadang tingkah laku pemimpin UMNO ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan,itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh UMNO.



Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin UMNO 'menunjuk cerdik' memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.
Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai 'budaya pemalas', akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya.


Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.
Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.




Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika UMNO / BN enggan memulakan,jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah mata wang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan.Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak.Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!


Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya,seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas. Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.




Realitinya mata wang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulahnilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.
Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikian seorang timbalan menteri, apapula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat. Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkandengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu?


Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1, 082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM 108,200.00 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400.00. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbanganyang rugi RM535 Juta pada suku kedua tahun ini!
Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duititu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala. Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usahakerajan Kelantan.



Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnisyang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai 'aparteid agama'.Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagiwanita? Itu aparteid apa namanya?
Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam! Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadhan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud : "Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu(ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan."


Salam Ramadhan.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Pejabat Menteri Besar Kelantan.


Bertarikh : 8 Ramadhan 1431H / 18 Ogos2010M

KOLEKSI SILVER 2



SILVER BAR 250g PUBLIC SILVER




SILVER KE 2 PUBLIC SILVER 250g ..
TIME NIH TGH GERAM PEGANG SILVER BAR
YANG BERAT2 NI..HUHU
BELI PADA 12 NOV 2010 ..
YG NI BELI GN
BRO AZMAN n C.O.D KT TGH2 ALAMANDA.. DIE SIAP TUNJUK DINAR GCP LG,
TP TIME TUH X PANDANG SGT SBB X MAMPU LG..HEHE . LA NI MMNG BERSEMANGAT WAJA NK BELI DINAR GCP...

KOLEKSI SILVER 1


SILVER BAR 500g PUBLIC SILVER





AWAL MULE PERTAME MULE NI LA KOLEKSI SILVER PERTAME KU...
LEPAS 2, 3 BLN GODAM2 TENET KAJI N BACE SAL EMAS N SILVER NIH,
KAWE BUAT KEPUTUSAN NK BELI SILVER DLU SBB SGT MURAH N KNAIKAN TINGGI...
YG NI PUBLIC SILVER 500g.. KALO R NIH 500g EMAS PAKCIK KAYO DAH!!! HAHA

BELI PADA 10 NOV 2010, KT PUBLIC GOLD SUNWAY MELALUI AGENT
-SABRI SILVERKINI-

Friday, December 24, 2010

Kenape lak Kene Tuka Dividen ASB >> Dinar Dirham Bro??






1) Kenaikan EMAS/PERAK lg berganda dari ASB..


>>>ASB 7.5% staun(2010)
>>>EMAS/DINAR 29.18% staun (2010)
>>>SILVER 83.75% setaun (2010)

>>>Dirham kelantan 53.8% sejak dilancarkan smpi skrg (4 bln)

So yg mane ok bhai??

Rujukan : TEKAN SINI


2) Dividen ASB x diberi penuh... emas/perak fizikal sepenuhnya milik anda..

>>>APE MAKSUD LU BRO?? Cmni... kalo nk taw tahun 2009 snanye PNB mampu bagi 11% tp bagi bape? 7.3% je... alasan? reserve utk tahun depan..

tahun 2010 lak mampu bg 11.4% tapi bagi bape?? 7.5% je.. alasan?? same je nk reserve utk taun dpn..reserve..reserve reserve dividen still x naek tinggi.. alih2 bangunan 100 tingkat naek..haha

Sape ckp BRO??? CEO PNB sndiri ckp mampu bg 11% tuh...

BUKTI???



Sumber: UTUSAN ONLINE


bace bg habis...


3) Nilai wang semakin merosot tiap tahun..

>>>Nak tau nape nilai wang makin merosot??sbb inflasi.. SAPE CKP NILAI WANG MAKIN MEROSOT BRO??? waa x caye ke? ok tnye mak ayah dlu2 bwk duet blnje g skolah bape? 10 sen pn dh mewah leh beli mcm2 kn?

Skrg?? atleast g skolah kne bwk rm5... kalo bwk 10 sen ap dpt?? Tula namenye nilai duet makin mrosot..

Akn datang?? rm5 dh x leh beli ap.. silap2 kene bwk rm50 g skolah shari..

Nk taw knape??? sbb duet nih di cetak tanpe bersandarkan nilai pape.. so bak kate mahatir duet kertas umpae tisu tandas...


Bile cetak bnyk sgt mule la susut nilai.. MCM YG JADIK KT USD SKRG NIH..ZIMBABWE LG TEROKK.. BELI 3 BIJIK=100 BILLION DOLLAR




4) Emas/Perak kalis inflasi

>>>Ok amek contoh dividen kite dpt utk asb 2009...Dpt dividen 10k pada tahun 2009 n di biar dlm ASB dan pada tahun 2010 dpt lg dividen 7.5% means rm750 je.. campo bonus yg sket x sampai rm50 pn kalo modal RM10,000~

So total RM10000+RM750+RM50= rm 10800.. TAPI!!!! KADAR INFLASI MALAYSIA TAUN NIH 4%..

SO nilai sbenar 10800 tu kene la tolak 4% lg (rm 432)..

So baki bape?? RM 10368... DPT RM368 JE KENAIKAN SEBENA???HUHUHU

KALO DIVIDEN 2009 tuh convert ke emas... KENAIKAN 20%..
atleast dh jadik RM 12,000...


X TOLAK 4 % INFLASI KE BRO??? BRO...
EMAS KALIS INFLASI X YAH LA TOLAK..


ABES KALO X LEH JUAL BALEK EMAS CMNE?? jual balek kt agent@syarikat pemilik emas tu balek la...


SPREAD??? 6%...20%-6% = 14 %
still 2 kali ganda ASB tuh...

SILVER/DIRHAM lak lg masyuk..dlm 70% kenaikan..
so dh leh jadik
RM17000..

Tolak SPREAD 15% = 55% lg...huhu

NAK BUKTI BRO!!!!

Mase dirham kelantan di perkenal kn bln ogos 2010 lepas harga rm13/ 1 dirham...
then kalo ad rm10,000 leh beli 10,000/13 = 769 dirham..

Harga skrg (25 dec 2010) rm20/ dirham..
so 769 x rm20 =
RM15,380..

means kenaikan 53.8% dlm 4 bln..huhu

Dinar/Dirham kelantan mmng laris sbb ssh nk dpt n chantek :)




5)Penggunaan dinar sebagai hantaran/mas kawin mengikut sunnah


>>>Dh ramai skrg pembeli2 n pelabur2 emas yg buat mas kawin n hantaran guna dinar.. itu lg baek.. ;)

Lg pn kalo convert duet hantaran pada dinar dr awl kan makin tinggi nilainye.. contoh hantaran 7k.. stgh taub lg nk kawen dh dpt 7k kalo simpan dlm bank ttp 7k.. kalo dh cukup 7k tros convert ke dinar..kan makin naek nilai nye time nk kawen :)



Guna dinar/dirham as muamalat pn digalakkan.. sbb tu kerajaan kelantan galakkan rakyat gune dinar dirham dlm urusan jual beli, urusan zakat, bersedekah.


6)Dinar n Dirham penyimpai nilai kekayaan yg paling baek


Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham" . - Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal -


>>>Simpan lah emas/perak sbb emas n perak nih mmng penyimpan nilai wang paling SELAMAT...



Contoh kalo ade rm10,000 pastu perang lak kt mlysia..

>>mamat A bwk rm10,000 tuh
>>mamat B sempat tuka rm10,000 jadik emas..

Then after perang??? ekonomi negara yg dh perang sah2 jatuh terok.. so rm10,000 mamat A dh x bernilai sgt..

Mamat B lak leh senyum lg sbb perang2 pn nilai rm10,000 pada emas die ttp terus naek n laku kt mana2 kt dunie ni :)



SO APE KENE BUAT BRO??
aiyakkk dh cite panjang2 pn mau tnye lg ka??
bile kaunter asb dh bkk nnt tukaa la dividen asb gn emas/perak or dinar/dirham...

Jgn lak g kauter tuh ko ckp kak nk tuka la dividen sy ke emas/perak..sy nk 2 tu x mo duet..haha g amek duet dlu then g beli inar/dirham... mane nk beli?? kt ak ade stock dirham/silver lg ni ;)


JOM PAKAT RAMAI2 KEMBALI KAN ZAMAN KEGEMILANGAN EKONOMI UMAT ISLAM.. KUMPUL n GUNA DINAR/DIRHAM :)

Di sebalik nama ENDO MAS



ENDO MAS ni gabungan nama dari El Nino De Oro n Malaysia..

E - EL
N - NINO
D - DE
O - ORO
MAS - MALAYSIA

TRY REFER KT BAHASA SPAIN...

EL NINO = " the phenomena boy @ little boy"... Why the phenomena? Sebab sempena sejarah fenomena EL NINO kat Spain. Time tuh berlaku kemarau yg panjang n di kenali sebagai LA NINA... Sampai la one day ni turun hujan lebat, kebetulan time tu lahir sorang budak yang di beri nama el nino.. So penduduk setempat gelar nama fenomena itu sebagai fenomena EL NINO..



DE ORO bermaksud "GOLD" ataupun emas..



So, gabungan EL NINO DE ORO (ENDO) bermaksud
" THE LITTLE GOLDEN BOY"..

Slain tuh, El Nino De Oro gak gelaran kepada penyerang kesayangan pasukan kebangsaan Spain (Fernando Torres).. Torres tu bhai...haha Die di gelar El Nino De Oro @ Budak emas sbb dr kecik dh jadik pemain kesayangan club die


Di sebabkan Fernando Torres adalah pemain kesayangan ku .. Kebetulan lak nama El Nino De Oro membawa maksud "The Little Golden Boy" @ "Budak Emas" , maka blog ini di beri nama

ENDO MAS - THE LITTLE GOLDEN BOY MALAYSIA

DAN....

ENDO MAS - NAMPAK MCM INDONESIA MALAYSIA kan...hehe double meaning tuh ..SY DI MALAYSIA SI DIA DI INDONESIA.. FROM BANDUNG WITH LOVE =P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...